Apam Indon


Assalamualaikum...

Masih tak siap2 shima mengupdate n3 yg lepas. Dah masuk hari ke 4 hari dah ni..insyaAllah..siaplah kejap lagi. Hari ni sejak pg, byk sgt keje2 umah yg perlu dibereskan. Pagi2 lps masak sarapan mee goreng mamak, pi ke pasar plak utk beli stok selama seminggu. Tengahari pulak memasak lebih sikit sbb adik ipar dan pakcik suami dtg utk tolong mengecat dapur. Dah penat memasak terlupa plak nak snap gambar...selalu sgt shima ni terlupa. Klu masak kek ingat pulak, tapi bila bab lauk pauk..mesti lupa sbb dah tak sabar nak mkn hehe. Utk lunch td, shima masak sambal tumis sotong, ikan goreng ketumbar, pucuk ubi rebus dgn kuahl kacang , dan sup sayur. Oklah tu ye tak? shima tengok semuanya mkn laju je dan bertambah2..

Oklah..kita cite pasal apam ni plak. Hati ni tergerak nak buat lps tgk ranai sifu2 blogger dok asyik menayang apam masing2. Bermcm2 rupa dan corak..cantik2 plak tu. Tergoda dibuatnya. So..bila tgk semua bhn ada..shima pun mulakan operasi mengapam. Tara!!!! jadi pun apam indon..sedap tau, mmg rugi sape  yg x cuba...

Ok..salinla resepinya,.



APAM INDON
Sumber : Yatie Memories & Azlita Masam Manis
Bahan-Bahan

5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak-Yatie tambah
  • pewarna dan perisa kegemaran
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc
  3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  5. Campurkan garam ke dalam susu.
  6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
  12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Cara Ita, Yatie juga ikut cara yg Ita buat.
  1. Cara ita sedikit berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran 1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
  2. 2 cawan ita letakkan coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning dengan vanilla.
  3. Ita kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam. 



No comments:

Post a Comment