CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE (UNBAKE)



Tu dia....projek menambah kolestrol dlm badan..lupakanlah diet puan2 klu ciskek ni dah depan mata. Buang je la diet tu ke laut atau ke sungai atau mana2 yg patut...hehe..mmg lazat nyummmm...sampai anak2 shima pun sibuk suruh buat lg bila ciskek ni dah abis...Ooooo...tidak!!!! Ok...ciskek ni resepinya dari Kak Nor Secubit Garam. Tp kak nor buat Cappucino, shima ganti dgn Mocha sbb itu je yg ada dlm peti ais...Tp tetap tak menjejaskan rasanya...yummmy..Meh..salin resepinya ya...
 
 
CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE

resipi : K.Nor@SecubitGaram

(saiz loyang springform 23cm/9in)

 

Bahan:

A:

200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat (shima guuna biskut disgestive)
120gm butter ~ cairkan

 B:

30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
 
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappucino emulco (shima ganti dgn mocha)
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:

A:

Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).

Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:

Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C:

Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau.
Satu bahagian lagi dimasukkan mocha emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan mocha keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit mocha emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan.



No comments:

Post a Comment