OREO CHEESE CAKE


Assalamualaikum...
 
Kita sambung lg dgn n3 yg dah terbengkalai lama 4 bln lps...iaitu Oreo Cheese Cake. Erm...dah jadi baja pun...hehe. Anyway, shima nak share jg resepi yg shima rasa sgtlah mabeles ni. Sblm ni shima kerap wat chilled oreo cheese cake, tp kali ni shima nak buat yg bake plk atas permintaan Imran...Ok jom kwn2 kita tgk resepinya...zasssssssssssss....
 

OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

 Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam


2 comments: