POPIA HORLICK & NESTUM



Ok..tu dia kuih raya kami. Buat 3 balang. Tapi yg tak syoknya...belom raya dah tinggal sebalang. last2 terpaksa suruh bibik shima buat lg. Memang rangup..dan terasa lemak manisnya.


Popia Nestum Horlicks
Oleh:
Norzie hany

Sumber:HaSue


Bahan2

· 2 bungkus popi


· 1/2 cawan nestum*

· 1/2 cawan gula pasir*

 · 1/3 cawan horlicks*

· 2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia

· minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng

Cara:

1. Pisahkan kulit popia satu persatu

2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.

3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci

4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan

5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering

6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.

7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..


* Tips jika rakan2 tak mahu popiah diserap minyak, jemur dahulu di bawah panas matahari lebih kug 1-2 jam. Lps tu baru digoreng dgn minyak yg banyak...lps tu ju barulah disira ok.... 




No comments:

Post a Comment