KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES


Assalamualaikum...
Kek kukus ni adalah antara kek yg shima suka makan krn rasanya yg sedap. Baru2 ni sempena majlis pertunangan sepupu shima, shima telah menyediakan 2 biji kek ni utk tetamu2 yg datang, selain Kek Karamel dan Puding Tembikai utk dijadikan hantaran... Ok jeling2 dulu ye...nnti shima c & p resepinya k..

KEK KUKUS LAPIS HAWFLAKES

Bahan-bahan ( loyang 10x7 ) -
Sumber resepi Kak Fida Myresipi

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



No comments:

Post a Comment