PUDING TAUHU LAICI


Selamat bercuti....especially buat rakan2 guru sekalian...tengok dulu ye..mata ni dah mengantuk yg teramat..hehe..Ok..kite continue balik n3 yg tertunda ni..baru hari dpt mengedit n3 ni. Cite pasal puding tauhu laici ni dah lama sebenarnya nak mencuba, tp asyik pospon je sbb agar2 strip takde. Lagi pun shima biasa guna agar2 serbuk serbuk. Ok, shima rasa agar2 ni simple tp sedap..sbb puding2 berkuah yg lain, biasa kita masukkan susu cair dlm kuahnya, tp ni hanya kuah laici sahaja. Shima buat puding ni sbb menerima kunjungan 2 org makcik shima, sorang duduk di Rawang dan sorang lagi pulang bercuti ke Kluang..krn beliau bertugas di Tabugh (sempadan Jordan) sbg staf nurse di sana. Sempena kunjungan mereka, shima masak Spaghetti Bolognese dan puding tauhu ni.

Tentu ramai yg pelik nape dipanggil puding tauhu, sedangkan dlm resepi takde sikit pun menggunakan tauhu atau kacang soya  sbg bahannya. Sebenarnya cara penyediaannya, bhn2 puding ni setelah dimasak, curahkan dlm 1 loyang besar, setelah sejuk barulah disenduk menggunakan sudu atau senduk, barulah dimasukkan ke dlm bekas. Ala2 taufu fah..soya yg byk jual kat pasar mlm. Shima letak dlm acuan comel supaya nmpak kiut je..bila dihidangkan. Puding ni sedap dimakan sejuk..


Resepi Puding Tauhu 

Sumber : 
Kak Nor
Sumber rujukan : Kak Izah 

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.









No comments:

Post a Comment