APAM TEPUNG BERAS

 
 
Assalamualaikum...
 
Jumpa lg!! rehat kejap..sejak sesi persekolahan baru bermula. Byk sgt keje2 yg nak kena settlekan disamping urusan bersama keluarga yg mmg x pernah surut malah bertambah lg ada. Oklah hr ni shima nak share resepi apam..yg sgt digemari anak daraku Seri. Seri ni klu mkn apam mcm ngunyah nasi..dua2 tgn klu bleh nak simpan apam. Cuba suruh mkn nasi..huh! berbuihlah mulut maknya pujuk..
 
Oklah jom tgk resepi yg sgt simple ni. Shima copy dr blog Kak Izah Muffin Lover...Tq..kak izah..coz share resepi apam yg gebus ni...
 
APAM TEPUNG BERAS
 
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
 
 
Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

 

No comments:

Post a Comment