AYAM MASAK PAPRIK

 
 
Assalamualaikum... Dah bbrp hari shima x dpt mengupdate n3 ni. x bleh nak muat turun gambar..x tau la nape. tp bila suruh hubby tgkkan pg td..aii, bleh plak, tp dah lain pulak rupanya. Mcm x syok plk, sbb x nmpk imejnya..ms tgh menulis ni. x taula shima org lain camne.. Oklah utk n3 kali ni shima sediakan menu kegemaran Imran iaitu Ayam Masak Paprik. Jom kita semak resepinya..
 
 
AYAM MASAK PAPRIK
Sumber : My Kuali
 
Bahan-bahan ( 5 org )
300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
3 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang besar - dipotong baji
1/2 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
6 ulas cili padi - diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis (shima tambah 2 sudu lg)
1 sudu besar sos ikan (ganti dgn garam biasa je)
3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa (jika perlu)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air (jika suka berkuah)
 
Cara-cara
 
1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
3.Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
4.Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
5.Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin). 6.Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
7.NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment