KEK PISANG BERCOKLAT


Assalamualaikum...

Dah lama shima tak buat resepi yg menggunakan pisang..kecuali pisang goreng. Biasa kalau beli pisang pun, pisang nipah atau tanduk yg memang utk goreng. Kalau utk buat kek tu memang jarang sangat..sbb tak berapa gemar. Tapi bila tengok blogger lain sibuk menayangkan kek2 yg berasaskan pisang dan memuji kesedapannya tergerak pulak hati ni nak mencuba. Maka dgn semangat yg berkobar2, shima pun belilah sesikat pisang emas utk dibuat kek. Actually shima pun tak pasti pisang apa yg sesuai utk dibuat kek..asal boleh je..yg penting bukan pisang nipah atau tanduk..hehe. Tapi alhamdulillah resepi kek pisang bercoklat ni memang sedap, ditambah lg dgn serpihan coklat masakan yg terdapat dlm kek tersebut. Kek ni jg sangat moist, gebu...pendek kata tak rugilah mencuba. InsyaAllah shima akan wat lg kek ni nnti...

Ok..sape2 penggemar kek pisang, bolehlah cuba resepi yg sgt sedap ni..


KEK PISANG BERCOKLAT

resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

 

No comments:

Post a Comment