PISANG GORENG CRISPY


Assalamualaikum....

Hari ni shima nak share 1 resepi yg paling senang dan sedap yg patut puan2 cuba...hehe..tepung pisang goreng yg crispy. Biasanya shima kalau buat pisang goreng..shima guna cara lama yg biasa mak shima buat, iaitu guna tepung beras yg banyak, sedikit tepung gandum, garam dan gula dan tidak lupa kapur makan utk merangupkan pisang goreng. Sedap jg..tp kalau puan2 inginkan kelainan, tryla adunan batter ini, mmg crispy..sedap..dan yg pasti suami dan anak2 shima suka sgt,,sampai mak mertua shima pun memuji kesedapannya...Resepi ni shima peroleh dari blog kak madiha...Tq kak madiha..

PISANG GORENG CRISPY
Bahan2 batter


400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara2 menyediakan

1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.  

No comments:

Post a Comment