APAM BERAS



N3 yg terakhir mlm ni ialah apam beras....tersengih2 apam beras ni...mekar sungguh. Rasanya sedap juga...tp bg Shima Apam Snow White lebih memenuhi selera shima sekeluarga..walaupun tak semekar apam beras ni..rasanya lebih kurang sama cuma apam Snow White ni lebih lembut..dan gebu berbanding Apam Beras...

Ok..nak try...bolehla salin resepi di bawah ni..

RESEPI APAM BERAS



Bahan-bahan


  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara


  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

No comments:

Post a Comment