Timun Tikus Ubati Resdung










Assalamualaikum....

Apa khabar? Shima doakan moga anda semua sihat walafiat hendaknya. Shima di sini sihat juga, cuma 2-3 hari kebelakangan ni rasa hidung ni gatal dan merenyam2 semula. Bila dah macam ni, baru shima teringat yg shima pernah berjanji nak update tentang rawatan resdung yg pernah shima buat sebelum ni..tp asyik tertangguh je..bila dah tertangguh terus je lupa. Seblm ni shima pernah cerita ttg rawatan resdung menggunakan lipas tanah di sini. Byk ulat2 halus yg keluar disekitar muka selepas digosok lipas tsbt. Bg shima rawatan tersebut, sesuai utk pesakit resdung yg belum serius, tp kalau dah serius sampai nak tgk cahaya pun tak boleh, angkat kepala pun berat, selsema dan batuk sampai 2 bulan tak baik2..eloklah buat rawatan lanjut, iaitu kaedah gurah iaitu membuang lendir. kaedah tersebut shima akan ceritakan pd N3 yg akan dtg...ok..

Ketika shima menderita akibat resdung hujung thn lepas, pantang dengar org cite tpt utk rawatan resdung..mesti shima cari sampai dapat..biar pun jauh. Masa tu Allah je yg tahu sakitnya kepala tak tau nak kata. Bila balik kg pulak kak shima no 2,  cite jirannya pernah berubat resdung di Parit Jawa menggunakan terung gemal. Dengar je mcm tu, shima pun pergilah cari rumah org tersebut...hampir 2 jam perjalanan..dgn sesat lg..akhirnya sampai jg.

Kaedahnya sama..mengeluarkan ulat2 dari rongga tekak dan pernafasan. Pernah dengar terung gemal? Shima mmg tak pernah dengar..klu sayur terung buat lauk tu tau la..hehe. Biji terung gemal tu yg digunakan utk merawat resdung. Biji terung tu dikeringkan..kemudian diletakkan diatas batu yg terdapat bara api di bawahnya. Asap dari biji terung itulah yg membuatkan ulat2 tu mabuk dan akan keluar bila kita hembuskan nafas dr tiub getah yg disambungkan pd tempurung kelapa. Susah nak imagine kan??? hehe..Beza dgn kaedah asap yg lain, kaedah menggunakan terung gemal ni anda perlu hembus dr mulut atau hidung sekuat hati pd tiub getah tesebut.krn asap2 tersebut telah terkumpul dlm tempurung yg ditelangkupkan pd biji terung yg dibakar tadi seterusnya bersambung pd tiub getah tsbt. Jd bila tiup getah yg mengandungi asap itu dilepaskan ke tekak atau lubang hidung ia akan mengeluarkan ulat2 tersebut, sekaligus bila kita hembus sekuat hati ia akan keluar dgn byk dan melekat di dalam tempurung kelapa tersebut atau jatuh di atas dulang berisi air yg telah disediakan.

Hehe...mula2 tu shima geli jg..sbb ulatnya lebih kasar atau besar berbanding ulat yg keluar menggunakan lipas tanah. Besarnya mcm ulat beras gitu...malah klu yg dah bersarang lama..kepala ulat tu bercabang dua..serius tau. Biasanya klu lelaki ulatnya byk yg kepalanya bercabang dua..suami shima pun sama. Lepas kuarkan ulat dr tekak, kuarkan ulat dr hidung plak. Yg tu shima tak larat nak hembus sbb, hidung shima mmg dah tersumbat lama, smpi deria bau pun dah xde..namun ada jg ulat yg kuar. Tp suami shima buat, byk ulat yg kuar sbb suami shima ni jenis resdung yg tiap2 pg mesti bersin tak henti2. Shima plk x mcm tu...tau2 je dah teruk.

Anyway..shima puas hati jg dgn rawatan menggunakan terung tu sbb, alhamdulillah batuk shima terus baik lps tu. Cuma masalah selesema je masih belum sembuh dan lendir yg dah bersarang kat kepala ni masih tak hilang.

InsyaAllah pd n3 y akan dtg, Shima akan citekan rawatan resdung mengunakan kaedah gurah pulak...Oh ye..lg td shima cite ttg terung gemal...tanya bila tanya org ramai  x tau pokok ni. Rupa2nya bila shima search kat pakcik google ni, rupa2nya terung gemal ni dikenali jg dgn nama Timun Tikus. Bila tanya mak shima kat kg dan kwn2..timun tikus sume tau dan pernah tgk pokoknya. Dulu2 org petik kat blkg umah je...buahnya buat ulam. Org kata mcm tu la...shima x pernah mkn timun ni. Tak sangka bijinya sgt berguna utk merawat resdung...

Oklah...rakan2, sampai sini dulu..InsyaAllah akan dtg shima cite kaedah gurah dan kayu setong pulak..utk merawat resdung..

1 comment:

  1. Salam puan boleh bagi contact no atau address atau alamat tempat nak ubat resdung guna terung tikus tu. Tk
    JazakaAllahu khair
    Ridzuan
    0193872448
    ridzco@gmail.com

    ReplyDelete