AYAM KARI SERAI WANGI


Oklah...shima dah penatlah nak membebel...tu la padahnya bila lambat masuk N3...byk lg senarai menunggu nak di masukkan mlm ni...isk..isk. Balik pd resepi kari ni..ok..resepi ni shima dapat daripada blog Secubit Garam...sedap tau..anak2 shima byk kali tambah nasi..lagi2 dimakan dgn Nasi Minyak Hujan Panas..dan acar timun nanas. Ok..sape2 nak try..bolehlah salin resepinya ya..

 
KARI AYAM SERAI WANGI
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, potong 12, cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, belah 4 setiap satu, rendamkan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1 cwn santan pekat
  • 4 cwn santan cair
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 btng serai - di titik
  • 1 helai daun pandan-disimpul
  • 2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
Cara-Caranya
  1. Bersihkan ayam yg telah di potong dan toskan. Kisar bahan2 kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 tumis. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan sedikit gula. Boleh juga tambahkan buah tomato. Masukkan kerisik dan gaul lagi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Boleh matikan api sekiranya ayam dan kentang empuk dan cukup rasa. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran.

No comments:

Post a Comment