APAM MARJERIN


Assalamualaikum...

Shima sambung lagi dgn n3 yg dah tertangguh lama ni...apam marjerin. Seperti yg shima pernah maklumkan sebelum ni..kuih muih spt apam, muffin, cupcake dan sewaktu dgnnya mmg sgt digemari anak daraku Seri Qaisara. Jadi bila shima buat apam ni..bukan main suka lg dia..dari mula shima menyediakan bhn2 sampai proses mengukus, dia duk setia menunggu sambil buat kecah di dapur dgn abg2nya. Actually, resepi asalnya Apam Mentega. Tp oleh sbb stok mentega dah abis, maka shima gunalah apa yg ada di dapur..iaitu marjerin. Apa pun rasanya tetap sedap...lembut, lemak dan manis sume cukup. Ok, sape2 minat apam, boleh copy paste di sini ye...

 
Apam Marjerin
Bahan-bahan ( +-50 biji )


Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm marjerin
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan marjerin,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

No comments:

Post a Comment