KEK CHIFFON KELADI


Assalamualaikum...

Kali ni shima nak menayangkan kek chiffon keladi yg menjadi kegemaran ramai. Pernah rasa tak kek perisa keladi ni? Mesti try tau...sbb rasanya memang sedap. Baunya semerbak masa shima membakar kek ni, sampai anak2 sanggup tunggu depan oven, bilalah kek ni nak masak. Tapi spt biasalah, kek chiffon ni bukannya boleh makan terus bila kuar oven. Nak kena telangkupkan dulu lps kuar dr oven panas2..dan tgu sejuk barulah kek ni boleh keluarkan dr loyang dan bolehlah ngap lps tu nyum..nyum. Apa2 jenis atau perisa pun..kek chiffon ni memang tak muak kalau makan. Sedap je kalau masuk tekak. Kalau rumah shima, 2 hari dah selamat...erm..trylah ye...gerenti tak nyesal punya..



Bahan-bahan 
Sumber : Yatie (Sinar kehidupan)

Bahan A

  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan minyak Mazola
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perisa keladi
  • sedikit pewarna purple
  • 1 ½ cawan tepung gandum *diayak
  • 1 sudu kecil baking powder* diayak

Cara-cara menyediakan Bahan (A):

  1. Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
  2. Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B

  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)

Cara-cara menyediakan Bahan (B):

  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
  9. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment