Mi Hun Sup (Ramadan 5)

Assalamualaikum..
Buka puasa apa hari ni? Pejam celik, pejam celik kejap je dah seminggu umat islam berpuasa. Semalam tak sempat nak masukkan N3..letihla. Hari ke 4 Ramadan, hubby ajak buka puasa kat luar...jadi dah ramai2 tu, ikutlah selera anak. Sume nak mkn KFC. Ikut maknya mmg dah muak mkn ayam..tp anak2 dah suka mkn jg la seketul.

Hari ke 5, Shika bersilat di dapur menyediakan menu yg simple iaitu mihun sup. Manakala pemanis mulutnya, Shika wat Apam Snow White. Anak2 Shika memang suka apa2 sup...jd senang keje. Nak resepi ke? Ni resepinya...senang jer...


Mi Hun Sup
Bahan2nya:

500 gm mihun (direndam dgn air panas hingga lembut-toskan)
250 gm ayam (shika guna bhg yg byk tulang)
Rempah 4 sekawan
1 cm halia *
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk jintan kasar*
1/2 sk jintan halus*
1 sb serbuk lada  sulah
1 ketul kiub ayam (optional)
Bawang goreng & daun sup utk hiasan

Cara2nya:

Tumis dahulu rempah 4 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan ayam sampai sedikit kering dan lada sulah. 
Masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan iub ayam secukup rasa.
Setelah masak, bolehlah dituang kuah sup ke dlm mangkuk yg telah diletakkan mihun.
Taburkan daun sup dan bawang goreng sblm menghidang.
 (Shika tak letak bawang goreng sbb tak sempat) 
Untuk lebih sedap, mkn dgn sambal kicap.



No comments:

Post a Comment