BINGKA CHEESE SARAWAK



Assalamualaikum...


Hari ni kita sambung n3 yg seterusnya iaitu Bingka Cheese Sarawak. Sape pernah makan bingka ni? Shima 1st time makan bingka ni, tp terus jatuh cinta dgn keenakan rasanya...yg sunggguuuuhhh sedappp!! Betul...serius tau! Shima ni bukannya jenis org yg suka mkn kuih2 mcm bingka or kuih bakar. Tp lepas try bingka ni...alahai rasa tak boleh berhenti. Rasa kejunya cukup lemak..manis semua cukup! 

Okla, malas cite panjanglah. Mesti try tau...baru boleh percaya...shima gerenti akan buat lg lps ni...Tima kacih Hasue atas resepi yg sedap ni...shima minta izin C&P ye...

Bingka Cheese Sarawak

Sumber : Hasue

Bahan A:

1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~

No comments:

Post a Comment