KEK LUMUT SARAWAK


Assalamualaikum...

Pernah lihat atau rasa kek ni? Kalau org sarawak mmg tak hairanlah dgn kek ni, sbb mmg berasal dr sana. Tp shima percaya ramai org di Semenanjung tak pernah tahu akan kewujudan kek ni...betul tak? kecuali sifu2 masakanlah..mmg sure mrk tau punyer..hehe. Shima dah lama tahu ttg kek ni sbb pernah terbaca dlm majalah dan buku resepi, tp niat utk membuatnya sering terbantut memandangkan masa mengukusnya yg agak lama..antara 2-4 jam.

Tp dek krn tergoda, dgn kata2 pujian yg melambung oleh para blogger masakan maka, shima dgn semangat yg bernyala2 pun tak nak ketingglan jg utk mencubanya. Rupa2nya byk versi kek lumut ni. Ada yg letak tepung dan ada yg sebaliknya. Tp shima memilih utk mencuba resepi yg tidak ada meletakkan sebarang tepung dlm kek ni, sbb shima rasa kelainan kek ni dgn kek2 yg lain. Wow...mmg mantap! sedapla...lemak manis semua cukup! mmg akak berminyak sikit..rasanya kena kurangkan sedikit butter lain kali atau tambah sedikit serbuk nestum. Shima dah agak kek ni mesti sedap sbb penggunaan nestum, tepung suji dan horlicks bg menggantikan tepung...tima kacih  Kak Yatie (Sinar Kehidupanku) atas resepi yg sedap nih...izinkan shima copy paste ye..

Jom..tu apa lg..cepatlah2 buat..gerenti tak menyesal punya..


KEK LUMUT SARAWAK

Source : Kak Yati (Sinar Kehidupanku)

BAHAN2:

  • 5 biji Telur
  • 1 cwn Gula Halus
  • 8oz Mentega-Yatie guna 200gm je
  • ½ cwn Tepung Suji
  • 1 cwn Nestum- dikisar halus,Yatie tambah dlm 2 sudu besar lagi
  • 3 sudu besar horlicks-Yatie tambah
  • ½ cwn Susu Ideal
  • ½ cwn air teh (2 sudu kecil serbuk teh + air)
  • Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)



CARA2:

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.
  3. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
  4. Masukkan tepung suji & nestum &horlicks dan gaul sebati.
  5. Masukkan susu, teh & pewarna hijau.
  6. Kukus selama 2 jam sehingga masak. Yatie tutup loyang dngn aluminium foil semasa mengukus kek. Gunakan api sederhana je.


No comments:

Post a Comment