Nasi Ayam Penyet


Assalamualaikum...

N3 yg shima paparkan hari ni merupakan antara menu favourite kami yg terbaru...dulu kalau ada ayam..anak2 mesti suruh ibunya buatkan nasi ayam..atau tomyam atau apa2 je la. Skrg ni, "ibu nnti buat nasi ayam penyet eh.." hehe..sejak ibunya dah pass masak nasi ayam penyet. Kesian...kalau tau lg dulu ibu masakkan nasi ayam penyet utk korang...

Rupa2nya tak susah mana pun buat nasi ayam penyet. Dalam penyediaan nasi ayam penyet yg paling penting sambalnya, kedua barulah ayam...bukannya boleh suka2 goreng mcm biasa atao guna tepung goreng segera tu..sah..mmg tak jadi! Kena rebus dulu..perap semalaman, barulah sedap..sampai ke tulang terasa rempah perapan tu..

Oklah..sape nak try, boleh salin resepi di bawah, gerenti sedap!! Resepinya drp pakar masakan dr Spura..bukan calang2 org tau..


AYAM PENYEK
(sumber resipi : Pn Asmah Laili)

Bahan-Bahan
1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan
2 - 3 liter air
3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
3 hiris lengkuas, dititik
6 biji bawang putih, dihiris
1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
1 ibu jari halia, dititik
4 helai daun salam
4 sudu makan rata, gula Tanjung
2 sudu makan rata garam


Cara
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam
yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan. Goreng ayarn mi, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng
bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung. Sajikan segera dengan sup, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, timun, kacang panjang, Sambal Terasi
Sambal

Cili merah
Cili padi
Belacan
2 biji tomato
3 biji buah keras
Sedikit gula melaka

Cara membuat

Jika suka pedas, tambahkan cili padi. Goreng kesemua bahan di atas kecuali gula, kemudian tumbuk atau blend kasar. Tambahkan gula melaka. Sambal mesti ada rasa sedikit manis, masam dan mesti ada rasa belacan.



No comments:

Post a Comment