RED VELVET CHEESY MARBLE CAKE


Assalamualaikum...

Ini merupakan n3 yg dah tertangguh sejak 3 minggu lepas...hehe. Shima buat kek ni sempena birthday anak shima yg paling bongsu Muhammad Isyraq Razin yg pertama. Ini merupakan percubaan shima kali yg ke 4, membuat Red Velvet Cake, namun yg sebelum ni shima tak masukkan sbb bg shima rasanya biasa2 je..tak naklah share dgn kwn klu rasa keknya, biasa je ye tak? Cuma bezanya kali ni shima marblekan kek ni terus, jd tak payah dah nak tepek cheese tu kat atas kek..senang cite! Shima tengok kak yati (sinar kehidupan) buat mcm tu, shima pun terus nak try..mmmg betullah kak yati rasanya mmg sedap!! Tq kak yati! Resepi ni mmg sesuai utk shima yg memangnya sibuk dan malas sebenarnya nak mendeko kek yg kena touch up sana sini..isk! tak sesuai..la, sbb shima ni jenis cepat bosan kalau buat keje yg mengambil masa yg lama. Cuma marble nya tu kurg menjadi, sbb shima ni tak sabar, jd shima tepek adunan cheese masa cheese tu masih sejuk, jd dia kurang sebati bila mix dgn bhn2 lain. So..yg berbintil2 tu yg jd marblenya..yg cair tu dah bersatu dgn adunan merah tu. Klu shima mis masa cheesenya ikut suhu balik mesti kejadiannya cantik..macam kek kak yati tu.


Oklah, sape yg nak resepi boleh c& p di sini yek..


RED VELVET CHEEZY MARBLE CAKE
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
Bahan A :-
  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) - akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau


No comments:

Post a Comment